
PERKHIDMATAN UNTUK WARGA ASING
Kaedah Perlaksanaan SPIKPA
Kerajaan Malaysia telah memutuskan supaya Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) dilaksanakan bermula 1 Januari 2011.
Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing SKHPPA
Setiap pekerja asing diwajibkan mengambil polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing SKHPPA merangkumi jumlah perlindungan insurans kesihatan sebanyak RM10,000 setahun dan bayaran premium insurans RM120 setahun.
Sektor Perladangan, Pembantu Rumah dan lain-lain
Obligasi untuk menanggung polisi insurans SKHPPA bergantung kepada keputusan pihak majikan dan pekerja asing.
PAUTAN TAMBAHAN
Prosedur Laporan Perubatan SPIKPA
Laporan Perubatan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerjaan Asing (SPIKPA)
Pengenalan
Semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia diwajibkan untuk memiliki polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) bagi mendapatkan rawatan kemasukan wad dan pembedahan di hospital-hospital KKM melalui Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Pelaksanaan SPIKPA adalah secara cashless, dimana setiap pekerja asing yang dimasukkan ke wad hospital-hospital KKM tidak perlu membayar deposit sebarang atau mengemukakan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syarikat insurans. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital.
Third Party Claim Administrafor (TPCA)
Semua tuntutan bil hospital pekerja asing akan dibuat oleh hospital kepada syarikat insurans yang berkenaan melalui Third Party Claim Administrafor (TPCA) dengan mengemukakan bil hospital dan Laporan Perubatan. Setelah dokumen lengkap diperolehi, syarikat insurans akan membuat bayaran bil hospital dan Laporan Perubatan kepada hospital yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, Laporan Perubatan bagi pesakit pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA hendaklah disediakan oleh Pegawai Perubatan terlebih dahulu sebelum bayaran Laporan Perubatan dibuat. Laporan Perubatan tersebut hendaklah dikemukakan kepada TPCA bersama-sama dengan bilangan pesakit pekerja asing tersebut bagi tujuan tuntutan atau bayaran rawatan perubatan dan bayaran penyediaan Laporan Perubatan kepada syarikat insurans yang berkenaan.
Bayaran rawatan perubatan dan Laporan Perubatan akan dibayar oleh syarikat insurans kepada Unit Hasil, Hospital dan seterusnya menguruskan bayaran balik penyediaan Laporan Perubatan kepada Pegawai Perubatan yang berkenaan. Carta Aliran Kerja Penyedian Laporan Perubatan oleh Pegawai Perubatan dan Prosedur Bayaran Balik Laporan seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 prosedur penyediaan Laporan Perubatan dan bayaran balik kepada Pegawai Perubatan ini hanya terpakai bagi pesakit pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA.
Syarat – Syarat Tuntutan Bayaran Balik Penyediaan Laporan Perubatan (BTPL)
2.1 Syarat – syarat tuntutan bayaran balik penyediaan Pakar/Skim Perlindungan Insurans Pekerja Asing (SPIKPA):
Borang BA.KKM/BTPL dilengkapkan selepas Laporan Perubatan disiapkan
Bagi permohonan di para iii borang format CH 1/ 2010 yang telah dilengkapkan dan disahkan oleh Pengarah Hospital. Tuntutan bayaran balik Laporan Perubatan tertakluk kepada had ½ daripada gaji hakiki bulanan Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Pakar.
Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi kelulusan bayaran tidak melebihi ½ daripada gaji hakiki bulanan.
2.2 Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Tuntutan:
Borang BA. KKM/BTPL dilengkapkan selepas Laporan Perubatan disediakan (Lampiran 3)
Borang Format CH 1/2010
Surat kelulusan Bahagian Kewangan, KKM
Salinan Kad Pengenalan dan salinan Akaun Bank yang disahkan (bagi Pegawai yang pertama kali membuat tuntutan)
Caj Laporan Perubatan
Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 – Bagi warga asing.
Jadual Caj Bayaran
Jenis Laporan | Warganegara (RM) | Warga Asing (RM) |
Laporan Ringkas / Pendapat Disediakan oleh Pegawai Perubatan | 40.00 | 120.00 |
Laporan Ringkas / Pendapat Disediakan oleh Pakar | 80.00 | 240.00 |
Pendapat Lengkap Disediakan oleh Pakar | *200.00 -1000.00 | *400.00 – 2000.00 |
* Bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan perubatan.
Caj bagi Warga Asing adalah dua kali ganda daripada caj warganegara mengikut Perkara 3.4. Caj Pelbagai (Jadual H Bahagian 2 , 3 dan 4) di bawah Peruntukan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 Caj Baru Bagi Pesakit Orang Asing.




Rujukan
Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 – Garispanduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014
Akta Fi 1951 – Perintah Fi (Perubatan)(pindaan) 2003.
Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil 16/2010 – Garispanduan Laporan Perubatan di Hospital – hospital dan Institusi Perubatan
Surat Edaran Bahagian Akaun Bil 7 Tahun 2014 – Garispanduan Tuntutan Bayaran Balik Penyediaan Laporan Perubatan Bagi Pegawai Perubatan Pakar
Buku Jadual Fi Perubatan Warga Asing Secara Berperingkat Bagi Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014
PENGURUSAN KEMASUKAN PESAKIT KE WAD
TerimaBorang KemasukanWad daripada pesakit/pembawa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma (A&E), Klinik Pakar dan lain-lain.
Semak dan pastikan Borang Kemasukan Wad lengkap dengan maklumat:
Disiplin pesakit
Tarikh kemasukan adalah tarikh semasa
Ditandatangani oleh pegawai perubatan
Jika lengkap, minta dan semak maklumat pesakit seperti:
Pengenalan diri pesakit (Kad Pengenalan / Passport / Kad UNHCR / Surat Beranak)
Surat jaminan kerajaan/swasta / kad pesara / surat sekolah / kad kebajikan masyarakat dan lain-lain
Surat nikah yang sah bagi menentukan status Warganegara atau bukan Warganegara
3. Buka Fail Masuk Wad untuk setiap pesakit dan borang berikut hendaklah dikandungkan bersama:
Borang Kemasukan Wad
Kepingan Caj Hospital
Laporan Diagnosis - 2 keping
Pas kebenaran menjaga anak berumur 12 tahun ke bawah - 2 keping
4 .Daftarkan maklumat pesakit dalam komputer.
5. Sahkan diagnosis/disiplin untuk penempatan wad.
6. Semak kelayakan wad sekiranya ada surat jaminan kerajaan/swasta / kad pesara / surat sekolah / kad kebajikan masyarakat dan lain-lain.
7. Terima bayaran deposit hospital bagi kelas 3.
8. Sediakan Label (sticker) sebanyak 12 keping.
9. Serahkan Fail Masuk Wad kepada pesakit/pembawadan minta pesakit masuk ke wad yang ditetapkan.
PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN DAN BAYARAN
JADUAL 1 : Jenis Laporan dan bayaran
Jenis Laporan |
Caj Bayaran
| Disediakan oleh | ||
Warganegara
| *Warga Asing | |||
Laporan perubatan Biasa | RM40.00 | RM120.00 | Pegawai perubatan | |
Laporan perubatan biasa (ringkas pakar) | RM80.00 | RM240.00 | Pakar | |
*Laporan Terperinci Pakar
| RM200.00 hingga RM1000.00 | RM400.00 hingga Rm2000.00 | Pakar | |
Laporan salinan kali kedua dari laporan asal | 50% dari kadar caj asal | Pegawai Perubatan/Pakar | ||
Laporan Penyediaan semula | Bayaran mengikut caj asal/penuh | Pegawai Perubatan/pakar | ||
Laporan Penjelasan/pembetulan | Percuma | Pegawai Perubatan/Pakar | ||
** Laporan Perubatan oleh Pihak Polis/ Jabatan Kerajaan/ JKM/Biro bantuan Guaman/ Borang BAT F117(tentera) |
Percuma |
| Pegawai perubatan/Pakar | |
Caj bayaran laporan perubatan bagi warga asing adalah dua kali ganda
** Pengecualian bayaran tidak terpakai untuk tujuan insuran dan pengeluaran KWSP
DOKUMEN PERMOHONAN
(sila klik di sini untuk download Borang Permohonan Laporan Perubatan)
Sila rujuk dokumen di bawah yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan laporan perubatan/ laporan bedah siasat
PESAKIT (sendiri) |
|
IBU / BAPA / PENJAGA ( Pesakit berumur di bawah 18 tahun) |
|
WARIS (suami/isteri/ anak/ adik beradik / ibu/ bapa) (Bagi pesakit yang telah meninggal dunia) |
|
WAKIL / AGEN (Insuran / Peguam dan lain-lain) |
i. Pesakit ii. Ibu / Bapa / Penjaga iii. Waris |
Pengecualian surat keizinan dan bayaran adalah terpakai bagi agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk tujuan siasatan seperti : i. Polis Di Raja Malaysia ii. Mahkamah iii. “Mana-mana agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan laporan perubatan seseorang pesakit. |
Sila berhubung dengan Unit Laporan Perubatan di talian 03-33756114 untuk sebarang kemusykilan
Rujukan :
Caj-caj untuk laporan perubatan –
Surat pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 1 tahun 2014 – Garispanduan Perlaksanaan Perintah fi ( Perubatan)(Kos
Perkhidmatan) 2014
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 8 tahun 2015
Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan KKM ( pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 – MOH/P/PAK/201.10(GU))
