
PERKHIDMATAN UNTUK WARGANEGARA
Panduan Pendaftaran
Kaunter Pendaftaran Masuk Wad terletak berhampiran dengan Pintu Masuk Utama bangunan utama.
Masa Pendaftaran
Jabatan Pendaftaran Masuk Wad dibuka 24 jam setiap hari.
Sila patuhi waktu pendaftaran masuk seperti yang diarahkan.
Butir-butir dan Dokumen-dokumen yang Diperlukan
- Borang Rujukan Masuk Wad
- Kad Pengenalan/Passport atau Surat Beranak
- Nombor Telefon (jika ada)
- Alamat semasa dan Surat Jaminan/Dokumen berkaitan.
Caj dan Bayaran Perkhidmatan
Rujukan tambahan untuk warganegara
PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN DAN BAYARAN
JADUAL 1 : Jenis Laporan dan bayaran
Jenis Laporan |
Caj Bayaran
| Disediakan oleh | ||
Warganegara
| *Warga Asing | |||
Laporan perubatan Biasa | RM40.00 | RM120.00 | Pegawai perubatan | |
Laporan perubatan biasa (ringkas pakar) | RM80.00 | RM240.00 | Pakar | |
*Laporan Terperinci Pakar
| RM200.00 hingga RM1000.00 | RM400.00 hingga Rm2000.00 | Pakar | |
Laporan salinan kali kedua dari laporan asal | 50% dari kadar caj asal | Pegawai Perubatan/Pakar | ||
Laporan Penyediaan semula | Bayaran mengikut caj asal/penuh | Pegawai Perubatan/pakar | ||
Laporan Penjelasan/pembetulan | Percuma | Pegawai Perubatan/Pakar | ||
** Laporan Perubatan oleh Pihak Polis/ Jabatan Kerajaan/ JKM/Biro bantuan Guaman/ Borang BAT F117(tentera) |
Percuma |
| Pegawai perubatan/Pakar | |
Caj bayaran laporan perubatan bagi warga asing adalah dua kali ganda
** Pengecualian bayaran tidak terpakai untuk tujuan insuran dan pengeluaran KWSP
DOKUMEN PERMOHONAN
(sila klik di sini untuk download Borang Permohonan Laporan Perubatan)
Sila rujuk dokumen di bawah yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan laporan perubatan/ laporan bedah siasat
PESAKIT (sendiri) |
|
IBU / BAPA / PENJAGA ( Pesakit berumur di bawah 18 tahun) |
|
WARIS (suami/isteri/ anak/ adik beradik / ibu/ bapa) (Bagi pesakit yang telah meninggal dunia) |
|
WAKIL / AGEN (Insuran / Peguam dan lain-lain) |
i. Pesakit ii. Ibu / Bapa / Penjaga iii. Waris |
Pengecualian surat keizinan dan bayaran adalah terpakai bagi agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk tujuan siasatan seperti : i. Polis Di Raja Malaysia ii. Mahkamah iii. “Mana-mana agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan laporan perubatan seseorang pesakit. |
Sila berhubung dengan Unit Laporan Perubatan di talian 03-33756114 untuk sebarang kemusykilan
Rujukan :
Caj-caj untuk laporan perubatan –
Surat pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 1 tahun 2014 – Garispanduan Perlaksanaan Perintah fi ( Perubatan)(Kos
Perkhidmatan) 2014
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 8 tahun 2015
Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan KKM ( pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 – MOH/P/PAK/201.10(GU))
