


Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Mula beroperasi pada April 1985. Merupakan sebuah hospital kerajaan dengan lebih 1000 katil pesakit dan 20 bidang klinikal yang terletak di Klang Selatan di dalam daerah Klang, Selangor.
Hospital ini menyediakan perkhidmatan kesihatan utama dan juga penjagaan kesihatan pakar kebangsaan terpilih.
Hospital ini merupakan pusat rujukan utama pakar bagi daerah yang meliputi Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan sebahagian daerah Petaling dan Kuala Langat.
Kemudahan Pengajaran Perubatan
HTAR Klang menempatkan kemudahan pengajaran perubatan kepada penuntut perubatan Universiti Malaya dan Management and Science University Malaysia (MSU).
Misi
Pusat perkhidmatan perubatan
yang cemerlang.
Visi
Perkhidmatan berkualiti dan beretika,
cekap dan profesional.
Budaya Kami
Penyayang, profesionalisma dan
kerja berpasukan
Objektif kami untuk semua
Objektif 01
Mempertingkan rawatan pesakit
yang berkualiti melalui perkhidmatandiagnostic, rawatan dan pemulihan awal yang cekap dan berkesan.
Objektif 02
Menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan.
Objektif 03
Menjalankan latihan dan penyelidikan secara bererusan serta memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.
Objektif 04
Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa kepada pelanggan dan warga kerja.
Piagam Pelanggan dari HTAR
Pesakit berkeperluan mematuhi perkara berikut:
- Mematuhi peraturan Hospital
- Mengguna segala kemudahan dengan bertanggungjawab
- Mematuhi pelan rawatan yang diberi
- Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysian Triage Category (MTC) sebagai kes MERAH akan dirawat oleh Pegawai Perubatan dengan serta merta.
- Untuk kes separa kritikal, setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
- Untuk kes bukan kritikal, setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran.
Carta Organisasi

